Pengguna laptop hari ini semakin demand dan berselera tingi, mereka mahukan lebih dari sekadar laptop nipis dan ringan, mereka mahukan ruang cakera keras yang besar dan kepantasan maksima! Samsung Series 5 dicipta untuk memenuhi keperluan ni. Wakil Samsung mengatakan bahawa ultrabook Series 5 mempunyai capaian internet yang laju, dua kali ganda lebih laju dari laptop biasa.

Kami sangsi dengan kenyataan itu kerana biasanya kepantasan talian internet bergantung kepada lokasi, jenis pakej dan jumlah bandwidth yang dipakai, tapi jikalau Samsung sudah kata begitu maknanya mereka ada buat sesuatu pada laptop ultrabook Samsung Series 5 yang tidak ada pada laptop lain – mungkin kelajuan internet diboosterkan oleh sofware tertentu atau aplikasi tertentu ciptaan Samsung.

Laptop Series 5 ini hidup dalam masa 20 saat sahaja selepas butang ON ditekan,ia mengambil masa cuma 2 saat untuk hidup semula selepas mood ‘Sleep’ ketika skrinnya ditutup tanpa di matikan. Paparan grafknya amat terang kerana dipacu oleh cip grafik AMD Radeon HD, dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5-2467M dengan jumlah RAM sebanyak 8GB, model 13 inci Samsung Series 5 memiliki ruang simpanan cakera keras sebanyak 500GB, model 14 inci memiliki ruang sebanyak 1 terabait, kedua-duanya cuma setebal 17.6mm sahaja dengan berat cuma 1.38kg. Wow!

Harga laptop ultrabook Samsung Series 5 di Malaysia masih belum diberitahu oleh pihak Samsung Malaysia, juga masih belum di belum ada dijual di mana-mana kedai online, setakat ini model laptop Samsung yang ada di jual di laman web Malaysia seperti Lelong.com.my cuma da jenis – Samsung Series 9 dan Samsung Series 3. Oh ya, Samsng Series 5 menggunakan Chrome OS sebagai sistem operasinya, bukan Windows 7 atau Androi, kami berharap laptop ini serasi dengan Windows 8 apabila sudah diperkenalkan nanti.

[ dari CCL Online ]

Baca Lagi Berita Berkaitan

  1. Samsung Series 5 Ultrabook Nipis Terbaru Selepas Samsung Series 9
  2. Samsung Series 3 Laptop – Netbook Atau Ultrabook?
  3. Samsung Series 9 NP900X1B Dengan SuperBright Plus Dan Badan Duralumin
  4. Intel Promosi Laptop Ultrabook, AMD Pula Promosikan Laptop Ultrathin
  5. Samsung Chromebook 5 – Laptop Ultra Dengan Sistem Operasi Google Chrome
  6. Dell XPS 13 Ultrabook Dengan Teknologi Intel Rapid Start
  7. Hp Envy 14 Spectre Ultrabook Dengan Sistem Audio Beats By Dr Dre
  8. Ultrabook Dan Netbook – Definasi, Perbandingan
  9. Lenovo IdeaPad Yoga Laptop Ultrabook Review Video
  10. Hp Folio Ultrabook
  11. Samsung N100 MeeGo Kini Cuma RM799
  12. Dell XPS 13 Ultrabook Video Review – Fuhh, Nipis!
  13. Lenovo IdeaPad Yoga Laptop Convertible Berpusing 360 Darjah
  14. Laptop Acer Murah – Acer Aspire One D257E Kini Cuma RM987.02 Sahaja
  15. Lenovo Promo – Limosin ‘Human DO Devils’ Untuk Perkenal Laptop
  16. Acer Aspire S3 Laptop Ternipis Dari Acer
  17. CES 2012 Didominasi Laptop Ultra, Microsoft Muncul Buat Kali Terakhir