iAwani adalah blog teknologi memfokus pada gajet. Artikel kami akan ditambah dari semasa ke semasa. Apabila Anda mencari maklumat berkaitan sesuatu gajet di iAwani, Anda boleh gunakan dua cara iaitu melalui kotak carian (search) atau melalui fungsi tags. Kami di iAwani menggunakan tags untuk memasukkan liputan yang kami terbitkan di bawah jenis produk dan jenamanya. Sebagai contoh, kami ada satu kategori di namakan sebagai Tablet PC. Ada banyak jenis tablet (ikut saiz) dan ada banyak jenama tablet.

Dalam kategori tablet, ada beratus ‘tags’ yang kami taip dengan berbagai nama mengikut jenama tablet yang ada di pasaran sekarang ini. Cuba kita andaikan yang Anda mahu mencari tablet android terbaru. Anda boleh mencari maklumat mengenai apa dia tablet terbaru melalui kotak carian dengan menaip ‘tablet android terbaru‘ kemudian tekan Enter. Itu kalau nak guna kotak carian, samalah macam mencari maklumat guna Google atau Yahoo.

Cara kedua, gunakan fungsi tags. Jika ada nama ‘tablet terbaru‘ atau ‘tablet android‘ atau ‘tablet android terbaru‘ terpampang di kotak arkib tags besar kemungkinan apa yang Anda cari ada di situ.. klik pada tag itu.

Beberapa saat kemudian Anda akan dibawa ke satu halaman khas di mana semua liputan iAwani yang ditanda dengan perkataan ‘tablet android’ akan dipaparkan dengan artikel penuh. Liputan yang terbaru akan di letak di bahagian atas sekali.

Jika Anda klik pada tag ‘tablet android’ semua liputan yang kami tandakan dengan perkataan ‘tablet android’ sahaja akan dikeluarkan kesemuanya.

Jika Anda klik pada tag ‘tablet terbaru’ semua liputan yang kami tandakan dengan perkataan ‘tablet terbaru’ sahaja akan dikeluarkan kesemuanya.

Proses ini kami reka untuk memudahkan Anda membuat carian maklumat atau untuk mencari artikel-artikel lama.

Untuk lebih senang memahami fungsi tags, andaikan Anda sekarang melihat kepada satu buku tebal. Dalam buku tu apabila Anda buka, ada banyak bab-bab berasingan (chapters).

Pada setiap permulaan bab, ada satu penanda di letakkan dibahagian tepi yang mudah dilihat untuk mempercepatkan carian. Inilah bagaimana fungsi tags digunakan. Samalah seperti kandungan sebuah diari yang di tandakan mengikut bulan.

Oh ya, jika anda mahu mencari artikel lama dan Anda fikir Anda lebih suka mencari mengikut kategori, gunakan Sitemap iAwani. Dalam halaman ini, kategori di susun secara automatik mengikut turutan huruf. Huruf A terletak di bahagian atas sekali. Jika Anda mahu cari maklumat berkenaan tablet (sebagai contoh) cuba cari di kategori bermula dengan huruf ‘T’.

Baca Lagi Berita Berkaitan

  1. iAwani Dan Bagaimana Kami Mengatasi Simptom Wordless
  2. iAwani Kini Dikunjungi 200++ Pembaca Sehari
  3. Bagaimana Untuk Tentukan Mana Satu Antivirus Sesuai Untuk Anda
  4. Hubungi Kami Di iAwani Untuk Perbandingan Peranti
  5. iAwani Wrap Up – Januari 2012
  6. LinkWithin Di iAwani Agak Bermasalah
  7. iAwani Keluarkan 200 Artikel Januari 2012
  8. Blog Teknologi iAwani Kini Biru
  9. 4 Sebab Kenapa Tablet Sesuai Untuk Anda
  10. iAwani Muncul