8 Perkara Mungkin Akan Ada Pada Tablet iPad 3
iPad 3 akan dilancarkan tidak lama lagi. Banyak ura-ura mengatakan beberapa ciri pada iPhone 4S akan dimasukkan ke iPad 3. Well, mari kita lihat 8 perkara yang mungkin akan ada pada iPad 3 nanti.
1. Namanya mungkin iPad 2S. Seperti iPhone 3Gs dan iPhone 4S. Huruf S adalah singkatan kepada ‘speed’. iPad 3 mungkin tidak di namakan dengan iPad 3, sebaliknya dinamakan sebagai iPad 2S.
2. Mungkin dilengkapi capaian 4G LTE. Menjadikan iPad 3 lebih laju ketika melayari internet melalui gelombang mudah alih (mobile) mengatasi gelombang HSDPA atau WCDMA. bertaraf 3.5G.
3. Skrin mungkin 7 inci atau 8 inci. Pengguna mahukan tablet lebih kecil dan mereka menjangka iPad 3 ada ciri itu. Selera pengguna kini banyak beralih kepada tablet lebih kecil kerana selesa di bawa di dalam tangan ketika berjalan-jalan.
4. Kos pembelian lebih rendah. Oleh kerana saiznya kecil, maka harganya juga mungkin lebih rendah dari harga iPad 2. Namun, seperti versi iPad yang terdahulu, pembeli iPad 3 tidak kisah pasal harga. Cuma tayang saja iPad dan mereka akan membeli tanpa banyak soal. Shut up and take the money!
5. Mungkin akan dilengkapi Retina Display. Teknologi Retina Display pada iPhone 4 dan iPhone 4S mungkin akan dipasang pada iPad 3 membolehkan pengguna menikmati paparan skrin lebih tajam dan imej lebih terang.
6. Mungkin akan didatangkan dengan Siri. Ini adalah voice virtual assistant yang tidak ada pada smartphone lain, hanya pada iPhone 4S. Siri mungkin akan muncul dalam iPad 3.
7. Mungkin akan memiliki cip pemproses dua teras. Jika iPad 3 dimasukkan dengan Siri, Retina Display dan sistem lebih pantas, cip satu teras tidak dapat menangggung bebannya. Kemungkinan besar iPad 3 akan dipasang dengan cip dual core, seperti cip A5 pada iPhone 4S.
8. Kamera dengan kuasa lensa lebih besar. Pengguna Samsung Galaxy S2 mentertawakan pengguna iPad 2 kerana kamera iPad 2 tidak setanding kamera belakang Samsung Galaxy s2 yang memiliki lensa 8MP. Harap iPad 3 ada dipasang dengan lensa 8MP supaya penggun iPad lebih berpuas hati ketika menagkap gambar serta merakan video menggunakan fungsi HD.


