Interface Windows 8 Tampilkan Ciri Minimalis

Paparan kotak menu pada Windows 8 akan jadi minimalis. Tidak ada bayang-bayang dan tidak ada refleksi tembus pandang sepertimana yang kita sudah biasa lihat pada Windows 7 dan Windows Vista sebelum ini. Matlamat utama Windows 8 adalah untuk memfokus perhatian penggunanya pada kandungan digital (content) dan akan kurang memfokus pada kecantikan rupa paras. Ini bermakna, interface tidak akan kelihatan cantik dan crispy sepertimana sebelum ini tapi ia akan menampilkan rekaan minimalis,responsif, dan pantas. Falsafah ‘less is more’ diterapkan ke dalamnya. Fungsi Aero akan dimatikan dan tidak akan dibawa masuk ke Windows 8. Perubahan ini hanya akan kelihatan pada versi akhir Windows 8 yang akan muncul bila-bila masa antara Ogos-Disember 2012, sebelum itu Windows 8 versi Release Preview dijangka sedia untuk di download pada minggu pertama Jun 2012. Perubahan ini diumumkan oleh Steven Sinofsky, ketua kumpulan pembangun Windows 8.
[ sumber Windows 8 Engineering Team ]
Sony Walkman Z Android Mula Dijual Pada RM1499
Sony Walkman Z sudah mula dijual pada harga permulaan RM1,499 dan informasi mengenainya sudah ada di laman Sony Malaysia, ia dan baru saja dilancarkan di Singapura pada 15 Mei 2012, ini adalah pemain mp3/pemain video/penyimpan gambar Android pertama dari Sony membawakan Android 2.3 Gingerbread, dibekalkan dengan memori dalaman 16GB selain terdapat pilihan untuk kapasiti lain dalam saiz 8GB juga 32GB. Sebanyak 3,250 buah lagu best-best mp3 boleh disimpan ke dalamnya, pemilik boleh menikmati lagu dimainkan berterusan sehingga 20 jam (Bluetooth dimatikan). Sony Walkman Z boleh memainkan video berformat MP4 berterusan sehingga 5 jam lamanya pada resolusi maksima 1920×1080 piksel di skrin. Antara format fail digital yang boleh dimasukkan ke Sony Walkman Z adalah mp3, wma, aac, linear-pcm audio, mp4, windows media video 9, aac-lc, dan gambar format jpeg/jpg. Tidak ada kamera digital dipasang padanya, namun gambar boleh ditransfer masuk ke dalam memorinya dari mana-mana tablet Android, smartphone android, laptop Windows, ultrabook juga desktop pc biasa. Anda boleh rujuk spesifikasi lanjut Sony Walkman Z di laman web Sony Malaysia melalui link di bawah.
[ sumber Sony Malaysia melalui Cnet Asia ]
Filem Steve Jobs Buat Penggambaran Di Garaj Usang, Pejabat Pertama Apple

Ketika masa muda, Steve Jobs dan Steve Wozniak telah mengasakan Apple di garaj bersebelahan rumah keluarga Steve Jobs. Dalam garaj itulah kedua-dua mereka bekerja mencipta komputer pertama Apple di beri nama Apple I dan Apple II. Garaj yang sama masih wujud hingga ke hari ini dan garaj itu jugalah dipilih sebagai lokasi penggambaran sebenar oleh produser filem “Jobs – Get Inspired” lakonan utama Ashton Kutcher, membawakan watak Steve Jobs semasa hayatnya ketika tahun 1971 hingga tahun 2000. Garaj usang itu menjadi pejabat rasmi Apple sebelum Steve Jobs dan Steve Wozniak menyewa ruang pejabat baru di Cupertino, California. Satu lagi filem lain mengenai kehidupan Steve Jobs juga sedang menjalani proses pembikinan di bawah kenalian Sony Pictures, tajuk filem tu masih dirahsiakan. Pihak Sony baru-baru telah memilih Aaron Sorkin sebagai penulis skrip untuk filem mereka. Untuk info, Aaron Sorkin merupakan penulis skrip bagi dua filem laris sebelum ini iaitu The Social Network dan The West Wing.
[ sumber PR News Wire, imej dari All About Steve Jobs ]


